Penggunaan kaedah seismos pantulan cetek untuk mengesan struktur subpermukaan

Umar Hamzah, and Abdul Rahim Samsudin, and Abdul Ghani Rafek, (2003) Penggunaan kaedah seismos pantulan cetek untuk mengesan struktur subpermukaan. Sains Malaysiana, 32 . pp. 13-23. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol32_2003/...

Abstract

Beberapa hasil kajian dibentangkan dalam kertaskerja ini untuk menunjukkan bahawa kaedah seismos pantulan cetek sangat berpotensi dalam penyiasatan struktur subpermukaan daripada kedalaman 10 meter hingga 200 meter. Keratan seismos sepanjang 1.7 km di kawasan Banting telah berjaya menonjolkan kehadiran satu lembangan endapan Pleistosen yang menindih Formasi Bukit Kenny. Kedalaman lembangan ini adalah sekitar 200 meter di bahagian barat dan sekitar 75 meter di bahagian timur. Kehadiran satu palung tertimbus pula telah berjaya ditafsirkan dalam satu survei yang dilakukan di delta Pahang, Pekan dengan kedalaman dasar palung sekitar 100 meter dan kelebarannya sekitar 150 meter. Survei di kawasan yang telah mengalami amblesan di Bau, Sarawak telah berjaya menunjukkan kehadiran lubang benam pada kedalaman 10-15 meter yang mempunyai kelebaran sekitar 20 meter. Lubang benam tersebut dipercayai terbentuk oleh kawalan sesar.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3851
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:22 Mar 2012 01:06
Last Modified:22 Mar 2012 01:06

Repository Staff Only: item control page