Reologi adunan getah asli dan polietilena linear berketumpatan rendah berpengisi karbon hitam

Azizan Ahmad, and Dahlan Hj. Mohd., and Ibrahim Abdullah, (2003) Reologi adunan getah asli dan polietilena linear berketumpatan rendah berpengisi karbon hitam. Sains Malaysiana, 32 . pp. 57-65. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol32_2003/...

Abstract

Kajian reologi dan hubungannya dengan morfologi telah dilakukan ke atas adunan getah asli (NR)/ polietilena linear berketumpatan rendah (LLDPE) mengikut nisbah berat sebanyak 60/40. Getah asli cecair (LNR) telah digunakan sebagai pengserasi adunan NR/LLDPE dan karbon hitam (CR) digunakan sebagai pengisi penguat adunan. Proses pengadunan dilakukan pada suhu 140°C, kelajuan rotor 50 ppm dan selama 15 minit. Perubahan reologi pengadunan ditunjukkan oleh plastogram tork berfungsi masa adunan. Tork bagi adunan yang mengandungi getah asli cecair (LNR) semakin meningkat dengan masa berbanding dengan adunan tanpa LNR. Fenomena tersebut berlaku disebabkan oleh LNR telah bertindak sebagai agen pengserasi yang baik bagi adunan NR/LLDPE. Penambahan karbon hitam ke dalam adunan telah meningkatkan lagi interaksi antara NR dan LLDPE dan seterusnya meningkatkan kelikatan adunan. Kelikatan adunan NR/LNR/LLDPE/CB lebih tinggi berbanding adunan NR/LLDPE/CB. Disamping itu juga, morfologi yang mengandungi LNR adalah lebih baik berbanding dengan adunan tanpa LNR. Kesimpulannya terdapat hubungan yang jelas di antara reologi dan morfologi bagi adunan tersebut.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3856
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:22 Mar 2012 01:36
Last Modified:07 May 2012 03:08

Repository Staff Only: item control page