Khiew , Poi Sim and Md. Soot Hj. Ahmad, (2003) Pencangkukan stirena ke atas gentian selulosa kapas dengan menggunakan sinar-γ. Sains Malaysiana, 32 . pp. 67-77. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol32_2003/...
Abstract
Pemkopolimeran cangkukan monomer stirena ke atas gentian selulosa kapas secara penyinaran serentak telah dilakukan dengan menggunakan sinar-γ dari sumber 60Co. Kesan kepekatan monomer stirena, atmosfera penyinaran dan rawatan awal kain kapas dengan asid, alkali serta beberapa jenis garam ionik terhadap darjah pencangkukan telah dikaji. Kepekatan 35% larutan stirena didapati memberi darjah pencangkukan yang maksimum. Keadaan atmosfera penyinaran juga mempengaruhi yil cangkukan yang diperolehi terutamanya dengan kehadiran gas yang bersifat penggarut radikal. Rawatan awal kain kapas dengan asid, alkali dan garam ionik didapati memberi kesan yang berbeza terhadap hasil cangkukan yang diperolehi dan bergantung kepada jenis ion yang wujud dalam sistem.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3857 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 22 Mar 2012 01:38 |
Last Modified: | 07 May 2012 03:11 |
Repository Staff Only: item control page