Ketoksikan logam zink dan kadmium terhadap anabaena flos-aquae

Khairiah Jusoh, and Carol Hoh Mui Ling, and Nik Mazidah Nik Ahmad, and Nik Marzuki Sidik, and Lee , Yook Heng (2003) Ketoksikan logam zink dan kadmium terhadap anabaena flos-aquae. Sains Malaysiana, 32 . pp. 147-155. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol32_2003/...

Abstract

Kajian pengambilan logam zink (Zn) dan kadmium (Cd) oleh alga biru-hijau Anabena flos-aquae dan ketoksikan logam-logam ini telah dilakukan secara pengkulturan statik berasingan. A. flos-aquae didedahkan kepada kepekatan Zn dan Cd yang berbeza-beza. Kadar pertumbuhan A. flos-aquae ditentukan dengan kaedah spektrofotometri dan paras ketoksikan LD50 96 jam ditentukan melalui analisis Probit. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kedua-dua logam ini oleh A flos-aquae mengikut corak yang serupa, iaitu apabila kepekatan logam meningkat, kuantiti logam diserap berkurangan. Walau bagaimanapun, pengambilan Zn oleh A. flos-aquae ialah tiga kali lebih tinggi berbanding Cd pada paras pendedahan 1.00 mg/L logam. lni menunjukkan Zn adalah lebih diperlukan oleh A. flos-aquae berbanding Cd. Pengambilan Cd yang rendah juga disebabkan oleh ketoksikan Cd yang lebih toksik. LD50 96 jam untuk Cd ialah 0.14 mg/L berbanding dengan LD50 96 jam Zn iaitu, 0.76 mg/L.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3864
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:22 Mar 2012 03:25
Last Modified:22 Mar 2012 03:25

Repository Staff Only: item control page