Kepekatan urin fluorida dan fluorosis gigi di kalangan pelajar Sekolah Menengah, Pahang Darul Makmur

Mohamad Azhar Mohd Noor, and Zailina Hashim, and Shamsul Bahari Shamsudin, and Heryati Abdul Hamid, and Dasrilsyah Syahrial, (2004) Kepekatan urin fluorida dan fluorosis gigi di kalangan pelajar Sekolah Menengah, Pahang Darul Makmur. Sains Malaysiana, 33 (1). pp. 109-127. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num1_2...

Abstract

Kajian ini mengkaji prevalen fluorosis gigi dan kepekatan urin fluorida di kalangan pelajar sekolah. Seramai 84 orang pelajar Melayu yang berumur di antara 16 dan 17 tahun dari sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di dalam daerah Kuala Lipis, Pahang, telah dipilih sebagai responden. Pemilihan kumpulan responden adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap fluorida melalui sistem bekalan air. Seramai 52 orang pelajar yang tinggal di kawasan yang mendapat bekalan air berfluorida manakala 32 orang responden lagi tinggal di kawasan yang tidak mendapat bekalan air berfluorida (kumpulan perbandingan) telah dipilih menjadi sampel kajian. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti hubungan di antara kepekatan urin fluorida dengan fluorosis gigi dan membandingkan angkubah-angkubah ini di antara 2 kumpulan responden. Kepekatan urin fluorida diukur menggunakan elektrod khusus ion fluorida. Fluorosis gigi dikenalpasti melalui pemeriksaan fizikal gigi menggunakan Indeks Permukaan Gigi Untuk Fluorosis (TSIF). Hasil kajian menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan di antara kepekatan urin fluorida (mg/L) (t=0.186, p=0.853), kepekatan urin fluorida (mg/g kreatinin) (t=0.069, p=0.945) dan fluorosis gigi (skor TSIF) (t=0.288, p=0.774) di antara 2 kumpulan responden. Terdapat korelasi positif yang signifikan di antara kepekatan urin jluorida (mg/L) (r=0.425, p<0.00l), kepekatan urin fluorida (mg/g kreatinin ) (r=0.252, p=0.021) dengan flourosis gigi (skor TSIF). Ujian regresi berganda menunjukkan flourosis gigi (skor TSIF) mempunyai hubungan signifikan dengan kepekatan urin fluorida (b=0.0.61, p=0.028) dan bilangan gelas minuman kegemaran diminum sehari (b=0.071, p=0.003). Sebagai rumusan, kepekatan urin fluorida yang mewakili kadar pendedahan responden terhadap fluorida mempunyai hubungan yang signifikan dengan fluorosis gigi yang merupakan indikator biologi kepada sejarah pendedahan tinggi terhadap fluorida. Kadar dan kesan pendedahan tinggi terhadap fluorida juga didapati tidak banyak berbeza di antara responden meskipun menerima bekalan air dari sistem bekalan air yang berbeza. Ini bermakna, responden tidak hanya terdedah kepada fluorida melalui bekalan air minum yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tetapi juga terdedah kepada faktor yang lain iaitu pengambilan air minuman seperti air berkarbonat dan jus buah-buahan.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3876
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:22 Mar 2012 04:20
Last Modified:22 Mar 2012 04:20

Repository Staff Only: item control page