Penyediaan dan kajian spektroskopi sebatian organostanum (IV) dengan asid dikarboksilik

Yip , Faa Win and Yang Farina, and Ibrahim Baba, and Abdul Hamid Othman, (2004) Penyediaan dan kajian spektroskopi sebatian organostanum (IV) dengan asid dikarboksilik. Sains Malaysiana, 33 (1). pp. 157-166. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num1_2...

Abstract

Kompleks organostanum(lV) terbitan asid dikarboksilik telah disintesis menggunakan trifenilstanum(lV) hidroksida (Ph3SnOH) sebagai reaktan. Kompleks dihasilkan melalui tindak balas di antara trifenilstanum(IV) hidroksida dengan asid dikarboksilik (asid malonik, suksinik, glutarik dan adipik) menggunakan alat radas Dean and Stark dalam pelarut yang sesuai pada suhu refluks. Kompleks yang disintesis dicirikan melalui analisis unsur C, H dan Sn, kaedah spektroskopi seperti inframerah dan resonans magnet nukleus (RMN 1H, 13C). Penentuan struktur trifenilstanum(IV) suksinat, 2 menunjukkan bahawa setiap anion dikarboksilat membentuk ikatan secara monodentat kepada dua moieti trifenilstanum(lV). Geometri sekitar atom stanum menghampiri tetrahedron. Data spektroskopi semua kompleks yang terhasil hampir serupa dan secara umum boleh disimpulkan semua kompleks mempunyai struktur yang sama dengan 2.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3879
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:22 Mar 2012 04:30
Last Modified:22 Mar 2012 04:30

Repository Staff Only: item control page