Kesan luahan kumbahan domestik ke atas sungai dan perairan pantai di Malaysia

Lee , Yook Heng and Zuriati Zakaria, and Zanal Mohd Zain, and Hazimin Harun, and Farrah Anis Fazliatul Adnan, and Suhaida Mohd Redzuan, (2004) Kesan luahan kumbahan domestik ke atas sungai dan perairan pantai di Malaysia. Sains Malaysiana, 33 (1). pp. 167-180. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num1_2...

Abstract

Kajian ke atas luahan kumbahan domestik ke atas sistem sungai dan perairan pantai telah dilakukan di Kajang (Sg Jeluh dan Langat) dan di Pantai Negeri Sembilan (Port Dickson dan Pantai Tanjung Biru). Parameter kajian tertumpu kepada ciri-ciri utama kumbahan domestik seperti kandungan organik (permintaan oksigen biokimia, BOD dan paras nutrien (fosfat terlarut (PO4) dan nitrat (NO)). Perlepasan kumbahan domestik daripada kolam pengoksidaan di sekitar bandar Kajang telah menyebabkan paras BOD dan PO4 yang tinggi iaitu 1.9-5.1 dan 0.15-2.03 mg/L masing-masing. Peningkatan BOD berkorelasi (r=0.77) dengan penurunan paras oksigen terlarut (DO) dalam air sungai. Pada keseluruhannya kesan kumbahan domestik ke atas Sg. Jeluh dan Langat adalah lebih ketara berbanding dengan yang dialami oleh air marin di persisiran pantai.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3880
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:22 Mar 2012 04:32
Last Modified:07 May 2012 03:26

Repository Staff Only: item control page