Pendopan kimia poli(4,4' -difenilena difenilvinilena)

Rusli Daik, and Quek , May Fung (2004) Pendopan kimia poli(4,4' -difenilena difenilvinilena). Sains Malaysiana, 33 (2). pp. 1-8. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2...

Abstract

Poli(4,4'-difenilena difenilvinilena) telah disintesis daripada 4,4'­-dibenzoilbifenil menggunakan TiCl4 dan serbuk zink masing-masing sebagai mangkin dan agen penurun di dalam THF. 4,4'-Dibenzoilbijenil telah disediakan melalui tindak balas Friedel-Crafts daripada benzoilklorida dan bijenil sebagai bahan mula dan AlCl3 kontang sebagai mangkin. Analisis unsur, kromatogram GCMS, spektrum FTIR dan penentuan takat lebur menunjukkan sebatian 4,4' -dibenzoilbifenil telah berjaya diperolehi dengan ketulenan 100%. Polimer telah berjaya disintesis dengan pengumpulan semula bahan sebanyak 72%. Suhu peralihan kaca, Tg dan suhu penguraian terma, Td bagi polimer masing-masing adalah 196°C dan 465°C. Kromatografi penelapan gel menunjukkan polimer yang dihasilkan mempunyai jisim molekul purata nombor dan jisim molekul purata berat masing-masing adalah 7,400 g/mol dan 15,500 g/mol. Kekonduksian polimer asal adalah 8.3 x 10-11 Scm-1, manakala kekonduksian maksimum polimer terdop LiClO4 dan iodin masing-masing adalah 1.7 x 10-7 Scm-I (peningkatan sebanyak 2007 kali ganda) dan 5.5 x 10-9 Scm-1 (peningkatan sebanyak 66 kali ganda) dengan kandungan agen pendop optimum sebanyak 18. 75% dan 37.50%.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3881
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:23 Mar 2012 01:00
Last Modified:23 Mar 2012 01:00

Repository Staff Only: item control page