Kesan komposisi gentian dan kaedah pemprosesan ke atas sifat mekanik komposit NR/LLDPE diperkuat twaron

Ishak Ahmad, and Azizah Baharum, and Mohd Khairil Saat, and Ibrahim Abdullah, (2004) Kesan komposisi gentian dan kaedah pemprosesan ke atas sifat mekanik komposit NR/LLDPE diperkuat twaron. Sains Malaysiana, 33 (2). pp. 9-19. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2...

Abstract

Penyediaan komposit getah asli termoplastik daripada NR/LLDPE yang diperkuat gentian Twaron telah dijalankan melalui proses adunan leburan. Dua kaedah penyediaan yang berbeza digunakan iaitu menggunakan mesin pencampur dalaman manakala kaedah kedua menggunakan pengekstrud skru kembar. Kandungan Twaron di dalam komposit telah diubah daripada 0 hingga 30%. Keputusan menunjukkan bahawa penambahan Twaron telah meningkatkan nilai tegasan maksima, modulus Young dan kekuatan hentaman komposit tetapi menurunkan nilai terikan maksima. Kandungan Twaron yang optimum adalah 20%. Kehadiran Twaron telah membentuk satu jaringan saling tindak gentian-matriks menyebabkan kekuatan regangan komposit meningkat. Twaron juga berfungsi sebagai penyerap hentaman yang berkesan. Penyediaan komposit menggunakan pengekstrud skru berkembar telah menghasilkan nilai kekuatan regangan yang lebih tinggi berbanding penggunaan pencampur dalaman sebaliknya kekuatan hentaman yang lebih rendah. Kajian morfologi menggunakan mikroskop imbasan elektron mendapati komposit yang disediakan menggunakan pencampur dalaman menghasilkan gentian dengan orientasi rawak manakala pengekstrud skru kembar menghasilkan orientasi gentian yang selari. Keputusan ini menunjukkan bahawa sifat mekanik komposit NR/LLDPE yang diperkuat Twaron sangat dipengaruhi oleh teknik pemprosesan.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3882
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:23 Mar 2012 01:03
Last Modified:23 Mar 2012 01:03

Repository Staff Only: item control page