Pengembangan kaedah analisis bagi tiga jenis fitohormon secara kromatografi gas ­spektroskopi jisim

Jamaluddin Mohd Daud, and Nor Azlina Zainal Abidin, (2004) Pengembangan kaedah analisis bagi tiga jenis fitohormon secara kromatografi gas ­spektroskopi jisim. Sains Malaysiana, 33 (2). pp. 21-34. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2...

Abstract

Satu kaedah penyediaan sampel dan analisis kualitatif yang pantas bagi fitohormon iaitu asid absisik (ABA), asid indol-3-asetik (IAA) dan asid 1­-aminosiklopropana-l-karboksilik (ACC) dilaporkan. Ekstrak daripada tumbuhan Umbellifereae sp. dilakukan pengekstrakan fasa pepejal dengan menggunakan katrij C18 dan efluen yang dipungut ditindakbalaskan bagi membentuk terbitan pentafluorobenzil bagi campuran ABA, IAA dan ACC. Campuran terbitan tersebut dipisahkan dan dilakukan pengionan kimia ion negatif dengan menggunakan metana di dalam instrumen kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS). Spektrum jisim tiga hormon tersebut agak mudah dan oleh itu adalah sesuai bagi pemonitoran ion terpilih (S/M) pada kepekaan tinggi bersama dengan piawai dalaman masing-masing yang berlabel deuterium. Walau bagaimanapun, penentuan kuantitatif hanya dapat dilakukan untuk IAA menggunakan kaedah GC-MS melalui penisbahan luas puncak kromatogram S/M bagi m/z 179 dengan m/z 174. Ini membolehkan pembetulan kehilangan IAA endogen semasa pengekstrakan berbanding piawai dalaman tanpa perlu pensampelan yang teliti, kecuali semasa penambahan piawai dalaman. Had pengesanan bagi IAA melalui kaedah ini ialah 5 femtomol/g berat basah tumbuhan.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3883
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:23 Mar 2012 01:05
Last Modified:23 Mar 2012 01:05

Repository Staff Only: item control page