Sintesis dan pencirian kompleks organostanum(Iv) sek-butilpropilditiokarbamat: struktur hablur bis(N, N-­sek –butilpropilditiokarbamato) dimetilstanum(IV)

Normah Awang, and Ibrahim Baba, and Yang Farina Abdul Aziz, (2004) Sintesis dan pencirian kompleks organostanum(Iv) sek-butilpropilditiokarbamat: struktur hablur bis(N, N-­sek –butilpropilditiokarbamato) dimetilstanum(IV). Sains Malaysiana, 33 . pp. 35-43. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2...

Abstract

Kompleks baru organostanum(IV) sek-butilpropilditiokarbamat telah berjaya disediakan melalui tindak balas di antara N-sek-butil-N-propilamina, karbon disulfida dan sebatian dimetilstanum(lv), dibutilstanum(IV) dan trifenilstanum(IV) klorida menggunakan kaedah in-situ. Kesemua kompleks telah dicirikan menggunakan analisis unsur, analisis gravimetri, spektroskopi inframerah dan spektroskopi resonans magnet nukleus 1H dan 13C. Analisis unsur (CHNS) dan gravimetri menunjukkan sebatian yang disintesis bersetuju dengan formula yang dicadangkan, iaitu R2Sn[S2CN(s-C4H9)(C3H7)]2 dan R'3Sn[S2CN(s-C4H9)(C3H7] (R = CH3 atau C4H9; R' = C6H5). Kehadiran jalur serapan v(C ---- N) dan v(C ---- S) pada spektrum inframerah menunjukkan kehadiran ligan ditiokarbamat dalam sebatian yang disediakan. Spektrum RMN I3C bagi ketiga-tiga kompleks menunjukkan resonan N13CS2 terletak pada julat 196.22- 200.61 ppm. Kompleks dimetilstanum(1V) sek­bufilpropilditiokarbamat telah berjaya dihablurkan menggunakan pelarut kloroform. Kajian kristalograji sinar-X menunjukkan hablur Me2Sn[s-­C4H9)(C5H7)]2 bersistem monoklinik dengan kumpulan ruang P21/n, a = 14.358(2), b = 10.6956(18), c = 17.323(3) Å; α = 90°, β= 99.765(4)°, γ = 90°. Kompleks membentuk geometri enam koordinat dengan atom pusat stanum yang berikat dengan dua kumpulan metil pada kedudukan sis dan mengkelat secara bidentat dengan ligan sek-butil propilditiokarbamat.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3884
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:23 Mar 2012 01:07
Last Modified:23 Mar 2012 01:07

Repository Staff Only: item control page