Elektrod Ag/AgCl sebagai transduser potentiometrik untuk sensor/biosensor jenis keadaan-pepejal

Khor , Sook Mei and Lee , Yook Heng and Musa Ahmad, (2004) Elektrod Ag/AgCl sebagai transduser potentiometrik untuk sensor/biosensor jenis keadaan-pepejal. Sains Malaysiana, 33 (2). pp. 55-66. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2...

Abstract

Kajian rekabentuk sensor ion jenis keadaan-pepejal telah dilakukan. Elektrod yang digunakan adalah berdasarkan kepada Ag/AgCl. Rekabentuk dua jenis elektrod keadaan pepejal telah dipilih, iaitu berdasarkan elektrod Ag/AgCl jenis rod dan jenis elektrod Ag/AgCl bercetak skrin (screen printed electrode, SPE). Penilaian termasuk kajian responsnya terhadap anion, khasnya ion klorida. Di samping itu, respons elektrod keadaan-pepejal ini terhadap beberapa kation juga dilakukan setelah elektrod rod dan SPE disalutkan dengan beberapa jenis fotopolimer serta pemegunan garam lipofilik yang peka kepada kation. Hasil kajian menunjukkan penggunaan poli(hidroksi etil metakrilat) terhidrat dengan larutan garam untuk menggantikan larutan rujukan dalaman bagi elektrod pemilih ion konvensional yang bukan berbentuk keadaan-pepejal adalah penting demi menghasilkan sensor berbentuk keadaan pepejal yang bersifat normal. Ciri sensor ion yang masih bersifat hampir Nernstian walaupun telah mengalami beberapa proses fabrikasi sistem fotopolimer menunjukkan bahawa sensor keadaan-pepejal ini boleh juga digunakan dalam rekabentuk biosensor potentiometrik selain daripada sensor ion.

Item Type:Article
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3886
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:23 Mar 2012 01:41
Last Modified:23 Mar 2012 01:41

Repository Staff Only: item control page