Penghasilan sirap glukosa berfruktosa tinggi dari kanji ubi keledek Msp94

Hasnah Haron, and Osman Hassan, and Mamot Said, and Mohamad Hanif Mohamad Jamil, (2005) Penghasilan sirap glukosa berfruktosa tinggi dari kanji ubi keledek Msp94. Sains Malaysiana, 34 (1). pp. 1-6. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num1_2...

Abstract

Kajian ini merangkumi pencirian fizikokimia kanji yang diekstrak daripada ubi keledek Msp94 dan penghasilan sirap glukosa berfruktosa tinggi daripada kanji ini. Kanji ubi keledek Msp94 mengandungi 7.3% air, 0.2% protein, 0.4% lemak, 1.3% abu total, 94.8% karbohidrat total, 83.0% kanji dan 20.6% amilosa ketara. Purata saiz granul kanji adalah 13-14 mm, berbentuk bulat, poligon dan bentuk yang tidak tetap. Hidrolisis berenzim menggunakan gabungan enzim glukoamilase-pululanase dalam proses sakarifikasi, yang dijalankan ke atas kanji ubi keledek Msp94 selama 24, 48, 72 jam menghasilkan hidrolisat kanji dengan setaraan dekstrosa (DE) masing-masing pada 94.8, 99.1, 99.3. 1ni diikuti dengan kelikatan hidrolisat kanji yang semakin menurun. Penukaran kanji Msp94 kepada peratus glukosa adalah sebanyak 97.1 %, 109.5% dan 103.2% setelah dihidrolisis selama 24,48 dan 72 jam. Hidrolisat kanji Msp94 ditulenkan menggunakan tiga jenis resin penukar ion dan diisomer kepada sirap berfruktosa tinggi menggunakan enzim glukosa isomerase (Sweetzyme T). Kandungan fruktosa (43.8-46.5%) dalam sirap Msp94 yang telah diisomer adalah setara dengan kandunganfruktosa (44%) dalam sirap komersial, High Fructose Corn Syrup (HFCS) 42.

Item Type:Article
Keywords:hidrolisis kanji; pemanis; setaraan dekstrosa; sirap glukosa berfruktosa tinggi; ubi keledek Msp94
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3898
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:26 Mar 2012 00:55
Last Modified:26 Mar 2012 00:55

Repository Staff Only: item control page