Teknik pengesanan spora nosema bombycis dan kesan jangkitan pada larva plutella xylostella

Zainal-Abidin B.A.H, and Rosnizar M. Jarnil, and Noran Majid, and Idris , A.B. and Sajap , A.S. and Hussan , A.K. (2005) Teknik pengesanan spora nosema bombycis dan kesan jangkitan pada larva plutella xylostella. Sains Malaysiana, 34 (1). pp. 7-16. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num1_2...

Abstract

Beberapa teknik pewarnaan biasa telah digunakan untuk mengesan peringkat hidup Nosema bombycis (khususnya spora) yang terdapat pada larva Plutella xylostella (rama-rama belakang intan, DBM) yang terjangkit begitujuga kesan jangkitan spora ini ke atas larva telah dikaji. Larva instar 1,2,3 dan 4 DBM yang bebas daripadajangkitan spora telah dijangkiti dengan empat kepekatan spora (407150, 41420, 4260 dan 420 spora/μl) secara berasingan dengan membiarkan larva ini memakan makanan buatan yang telah dicemari dengan kepekatan spora tersebut. Pemprosesan tisu dengan teknik pewarnaan, penentuan kepekatan spora daripada larva dan cerapan langsung telah dilakukan dalam tempoh 24, 48 dan 72 j selepas jangkitan. Didapati teknik pewarnaan Gram, Giemsa, hematoksilin dan trikrom lebih sesuai untuk mengesan spora, sporon dan meron daripada tisu larva yang terjangkit berbanding teknik 'good Pasteur'. Kesan utama jangkitan spora ialah kematian larva yang bergantung kepada kepekatan spora yang digunakan dan didapati ins tar yang lebih muda adalah lebih rentan terhadap jangkitan ini berbanding instar yang lebih matang. Kepekatan spora 407150, 41420 dan 4260 spora) μl boleh menyebabkan kematian manakala kepekatan spora terendah (420 spora/)1.l) tidak menyebabkan kematian. Kadar kematian instar yang lebih muda lebih tinggi (p<0.001 ) berbanding instar yang lebih matang. Nilai LC50 dan LC95 bagi instar 1 dan 2 lebih rendah berbanding instar 3 dan 4, selepas 48 dan 72 j jangkitan. lni menunjukkan bahawa kepekatan spora yang lebih tinggi diperlukan untuk membunuh instar yang bersaiz lebih besar dan lebih matang. Bilangan spora terendah diperolehi pada tempohjangkitan 24 j manakala bilangan spora tertinggi diperolehi pada tempoh jangkitan 72 j. Kajian histologi ke atas tisu larva terjangkit mendapati kerosakan terjadi pada tisu lemak dan usus yang menyebabkan kematian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peringkat hidup N bombycis khususnya spora dapat dikesan dengan baik menerusi teknik pewarnaan yang biasa dan kebolehjangkitan parasit ini dan kesannya kepada larva DBM telah diketahui.

Item Type:Article
Keywords:Nosema bombycis; Plutella xylostella
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3899
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:26 Mar 2012 01:12
Last Modified:07 May 2012 04:27

Repository Staff Only: item control page