Penghibridan bahan sol-gel dan kitosan sebagai matriks untuk bahan penderia kimia

Musa Ahmad , and Lau , Mun Yuen (2005) Penghibridan bahan sol-gel dan kitosan sebagai matriks untuk bahan penderia kimia. Sains Malaysiana, 34 (1). pp. 73-80. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num1_2...

Abstract

Penyelidikan ini difokuskan kepada pembangunan dan pengoptimuman bahan hibrid antara sol-gel dan kitosan untuk membentuk suatu matriks baru bagi penyediaan bahan penderia kimia yang dapat mengatasi kekurangan tertentu dalam bahan sol-gel danjuga kitosan. Teknik penyalutan celup telah digunakan untuk penyediaan filem nipis di atas penyokong slaid kaca mikroskop. Untuk tujuan pengoptimuman, timol biru dipilih sebagai penunjuk pH dan dipegunkan di dalam filem. Filem nipis dicirikan menggunakan Spektrofotometer UL-Nampak. Kajian morfologi ke atas permukaan filem pula dilakukan dengan menggunakan Mikroskop Imbasan Elektron (MIE). Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa nisbah sol-gel:kitosan yang paling sesuai ialah 60:40 dengan mempertimbangkan dari segi morfologi permukaan filem, kelarutresapan, masa rangsangan dan juga keamatan spektrum. Selain itu, keputusan menunjukkan bahawa penunjuk pH berjaya dipegunkan dalam filem hibrid sol-gel-kitosan dan mampu mengekalkan sifat kimianya sebagaimana dalam larutan. Bahan penderia kimia ini didapati mempunyai kebolehulangan yang baik apabila bertindak dengan larutan penimbal dan menunjukkan nilai RSD yang baik iaitu 4.24% dan 5.96% dalam larutan penimbal pH 2.0 dan pH 11.0, masing-masingnya. Penunjuk pH terpegun turut menunjukkan kestabilan foto yang baik (RSD = 5.35%) untuk tempoh 8 jam. Walau bagaimanapun, kebolehasilan filem agak rendah dengan RSD yang bernilai 18.40% dan 31.22 % pada panjang gelombang 550 nm dan 600 nm masing-masing akibat daripada kelarut resapan.

Item Type:Article
Keywords:Hibrid sol-gel; chitosan; bahan penderia kimia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3909
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:26 Mar 2012 01:39
Last Modified:26 Mar 2012 01:39

Repository Staff Only: item control page