Penilaian kesan antropogenik terhadap kualiti air di Tanah Bencah Setiu, Terengganu

Suhaimi Suratman, and Norhayati Mohd Tahir, and Rosnani Jusoh, and Marinah Mohd Ariffin, (2005) Penilaian kesan antropogenik terhadap kualiti air di Tanah Bencah Setiu, Terengganu. Sains Malaysiana, 34 (1). pp. 87-92. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num1_2...

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan taburan nutrien, klorofil-a dan sifat fizikal air di Tanah Bencah Setiu dari bulan Mei-Oktober 2001. Sepuluh stesen pensampelan telah dipilih untuk mewakili kawasan-kawasan yang berlainan di kawasan kajian. Analisis nutrien terlarut dan klorofil-a dijalankan berdasarkan kaedah kolorimetrik manakala parameter fizikal diukur secara in situ. Hasil kajian menunjukkan bahawa pH mempunyai nilai antara 5.15-8.03, oksigen terlarut 4.89-6.85 mg/L, permintaan oksigen biokimia 0.04-1.80 mg/L dan jumlah pepejal terampai 1.3-19.7 mg/L. Kepekatan ortofosfat, jumlah fosfat terlarut, nitrat, ammonia, jumlah nitrogen terlarut dan klorofil-a adalah masing-­masing dalam julat 0.19-2.85 μg P/L, 1.06-25.81 μg P/L, 1.48-89.66 μg N/L, 6.0-125.7 μg N/L, 122.50-432.34 μg N/L dan 0.03-4.32 mg/L. Disamping itu, keputusan yang didapati turut mencadangkan kemungkinan wujudnya hubungan antara kepelbagaian aktiviti guna tanah dan kemerosotan kualiti air di kawasan tanal: bencah.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti air; Tanah Bencah Setiu
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3911
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:26 Mar 2012 01:44
Last Modified:26 Mar 2012 01:44

Repository Staff Only: item control page