Siti Maryam Shamsuddin, and Anazida Zainal , and Shahliza Abdul Halim, (2005) Sistem kebal buatan untuk pengecaman digit. Sains Malaysiana, 34 (1). pp. 93-99. ISSN 0126-6039
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num1_2...
Abstract
Sistem Kebal Buatan (SKB) adalah satu bidang biologi yang telah membuka lembaran baru kepada penyelidik sains komputer untuk menggabungkan konsep kebal buatan di dalam penyelidikan yang berkaitan seperti pencerobohan sistem keselamatan. SKB tabi'i adalah suatu sistem pembelajaran adaptif iaitu yang mempunyai ciri selari dan mekanisma pelengkap bagi pertahanan terhadap unsur asing atau bakteria yang memasuki tubuh badan manusia. SKB bertindak secara tak linear dan menggarap konsep biologi seperti pengelasan terhadap sel kendiri dan sel tak kendiri. Rencana ini memperihalkan pelaksanaan kaedah SKB menggunakan pendekatan pilihan negatif bagi proses pengelasan dan pengecaman corak terhadap digit sifar hingga digit sembilan. Data bagi setiap digit tersebut disari menggunakan kaedah momen tak ubah dan diwakili sebagai rentetan 8 bit. Setiap kelompok digit dikelaskan sebagai kendiri bagi menghasilkan data tak kendiri atau pengesan. Ini bermakna terdapat 10 kelas pengesan yang dijana, dan proses padanan antara data kendiri dan tak kendiri dilaksanakan menggunakan operasi XOR. Penjanaan keputusan bagi pengelasan untuk suatu digit dihitung berasaskan kepada nilai peratusan yang terhasil, iaitu nilai yang dijana merupakan nilai yang digunakan bagi mengecam digit yang wujud pada data ujian. Semakin besar nilai peratusan yang diperolehi, maka semakin hampir nilai tersebut kepada digit yang hendak dicam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sistem Kebal Buatan; Pengecaman Digit |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3912 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 26 Mar 2012 01:58 |
Last Modified: | 26 Mar 2012 01:58 |
Repository Staff Only: item control page