Pendekatan pemodelan multitahap ke atas data hierarki pencapaian pelajar

Nur Riza M. Suradi, and Teh , Siew Lan (2005) Pendekatan pemodelan multitahap ke atas data hierarki pencapaian pelajar. Sains Malaysiana, 34 (1). pp. 113-118. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num1_2...

Abstract

Rencana ini membincangkan pendekatan multitahap dalam pembinaan model penganggaran pencapaian pelajar yang mempunyai struktur data hierarki. Model multitahap yang mengambil kira variasi data yang berpunca dari pengelompokan data pada tahap-tahap yang berbeza dibandingkan dengan model regresi linear yang menggunakan kaedah kuasa dua terkecil. Seterusnya kajian ini menganggar sumbangan faktor jantina dan etnik ke atas pencapaian pelajar. Data pencapaian akademik seramai 866 pelajar fakulti sains di sebuah institusi pengajian tinggi telah diperoleh dan dianalisis. Data pelajar ini berstruktur hierarki dengan dua tahap, iaitu pelajar dan jabatan. Hasil kajian menunjukkan kedua-dua kaedah memberikan penganggaran yang berbeza. Malah, didapati model multitahap yang memasukkan variasi dari tahap-tahap berlainan dan pembolehubah peramal dari tahap yang lebih tinggi memberikan padanan model lebih baik bagi menerangkan pencapaian pelajar.

Item Type:Article
Keywords:model multitahap; struktur hierarki; pencapaian pelajar
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3914
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:26 Mar 2012 02:04
Last Modified:26 Mar 2012 02:04

Repository Staff Only: item control page