Melampaui sempadan penyelidikan sastera: satu perbincangan berdasarkan senja belum berakhir karya Azizi Haji Abdullah

Abdullah Zawawi Mohd Hairani, and Shaiful Bahri Md. Radzi, (2011) Melampaui sempadan penyelidikan sastera: satu perbincangan berdasarkan senja belum berakhir karya Azizi Haji Abdullah. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (2). pp. 83-108. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
155kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Penyelidikan merupakan salah satu prasyarat penganugerahan ijazah bagi semua peringkat pengajian di universiti. Dalam konteks pengajian sastera Melayu, penyelidikan yang dihasilkan sehingga kini dapat dianggap berada di tahap yang paling rendah iaitu di tahap ‘pengetahuan,’ ‘kefahaman’ dan ‘aplikasi’ berdasarkan Teori Taksonomi Pembelajaran Kognitif Bloom.Fenomena ini memperlihatkan penyelidikan ini sekadar memenuhi syarat untuk mendapatkan sijil dan secara langsung merendahkan martabat sastera Melayu. Sehubungan itu, paradigma penyelidikan sastera di masa hadapan perlu diubah agar mencapai tahap ‘analisis’ yang menjangkau ‘sintesis’ dan‘penilaian’ dan hasilnya dapat menyumbang kepada suatu idea yang baru. Bagi memperlihatkan peningkatan taraf sesuatu penyelidikan itu berdasarkan teori ini maka perbincangan ini menggunakan novel Senja Belum Berakhir karya Azizi Haji Abdullah sebagai asas perbincangan.

Item Type:Article
Keywords:Penyelidikan, sastera Melayu, Teori Taksonomi Pembelajaran Kognitif Bloom, Senja Belum Berakhir, Azizi Haji Abdullah
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3917
Deposited By: Rosnah Ahmad
Deposited On:26 Mar 2012 02:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page