Mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu-Islam menerusi pemupukan budaya niaga berteraskan akhlak

Buerah Tunggak, and Hussin Salamon, (2011) Mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu-Islam menerusi pemupukan budaya niaga berteraskan akhlak. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (2). pp. 123-147. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
159kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Budaya dan tamadun memainkan peranan penting dalam mencorakkan rupa bentuk sesuatu bangsa atau masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan peradaban Islam masa silam lahir daripada bangsa yang mempunyai jati diri dan berpegang teguh terhadap ajaran Islam. Oleh itu penulisan ini akan membincangkan konsep budaya dan tamadun serta pandangan Islam terhadap kelangsungan budaya dan tamadun umat. Seterusnya perbincangan berkaitan pengaruh-pengaruh terhadap perubahan budaya khususnya budaya Melayu menyediakan satu kerangka kepada pembinaan budaya Niaga Melayu-Islam yang perlu diperkasakan. Perkara ini telah terbukti semasa zaman kegemilangan tamadun Islam di Alam Melayu. Penguasaan umat Melayu dalam perdagangan adalah satu bukti menunjukkan peranan tamadun Islam dalam mempengaruhi perkembangan ekonomi dan perdagangan yang sangat signifikan. Bagi merealisasikan hasrat murni ini budaya ilmu yang menjadi teras kepada kekuatan tamadun Islam perlu diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat Melayu termasuk golongan peniaganya. Sungguhpun begitu penguasaan terhadap budaya ilmu termasuk yang berkaitan dengan perkembangan ICT terkini perlu berteraskan akhlak Islam yang akan membentuk sikap keusahawanan yang beretika dalam kalangan usahawan Bumiputera-Muslim. Oleh yang demikian usaha berterusan melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu diperkasakan bagi merealisasikan hasrat mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu-Islam melalui pemupukan budaya niaga yang berakhlak.

Item Type:Article
Keywords:Tamadun, budaya, budaya niaga, pemupukan, pendidikan tidak formal, Melayu-Muslim, akhlak
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3919
Deposited By: Rosnah Ahmad
Deposited On:26 Mar 2012 02:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page