Kod etika Islam untuk bioteknologi moden

Siti Fairuz Sujak, and Latifah Amin, and Abdul Latif Samian, and Mohamad Sabri Haron, and Mohamad Nasran Mohamad , and Mohd Yusof Othman, (2011) Kod etika Islam untuk bioteknologi moden. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (2). pp. 167-198. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
158Kb

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Bioteknologi telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada teknologi strategik yang dijangka akan memacu Malaysia untuk menjadi sebuah negara berindustri tinggi menjelang tahun 2010. Pada 28 April 2005, Perdana Menteri Malaysia yang keempat telah melancarkan Polisi Bioteknologi Kebangsaan yang menggalakkan penggunaan bioteknologi moden untuk menambahbaik sektor pertanian, makanan dan perubatan. Disamping usaha Malaysia yang giat dalam membangunkan bioteknologi, Malaysia juga berhasrat untuk menjadi negara Islam Hadhari, Oleh itu semua projek permodenan termasuk bioteknologi mestilah selari dengan prinsip Islam. Dalam Islam, etika dikenali sebagi Akhlak yang ditafsir dan dijelaskan oleh al-Quran dan Sunnah. Etika bioteknologi moden menurut perspektif Islam boleh diklaskan kepada tiga bahagian akhlak, isu etika terhadap Tuhan (Allah), etika sesama manusia dan etika terhadap benda hidup. Beberapa orang ilmuan Islam telah cuba untuk menerangkan isu etika bioteknologi berdasarkan al-Quran dan Sunnah tetapi masih tiada kod etika Islam berkaitan bioteknologi terutama dalam bioteknologi pertanian. Dalam kertas ini, lima rukun Islam, enam rukun Iman dan Ihsan akan dijadikan sebagai asas kod etika Islam untuk bioteknologi moden. Nilai-nilai Islam yang boleh dijadikan garispanduan etika untuk ketiga golongan utama yang terbabit dengan bioteknologi: pembuat polisi, pelaksana dan pengguna juga akan dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:Bioteknologi moden, kod etika, Islam
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3921
Deposited By:Rosnah Ahmad
Deposited On:26 Mar 2012 11:08
Last Modified:06 Apr 2012 17:52

Repository Staff Only: item control page