Kreativiti dalam kalangan jurutera di kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang

Nooriah Yusof, and Nurwati Badarulzaman, and Azizah Omar, (2011) Kreativiti dalam kalangan jurutera di kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (2). pp. 199-221. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
656kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Negara Membangun (Dunia Ketiga) telah melalui proses industrialisasi, sementara negara industri maju telah beralih kepada era ekonomi pasca industri berasaskan maklumat dan pengetahuan. Perkembangan teknologi yang pesat telah mentransformasi keseluruhan sistem pengeluaran. Sistem pengeluaran yang baru ini sangat produktif, berkembang pesat dan mempamerkan tahap persaingan yang tinggi. Ini telah mengakibatkan peralihan yang besar dalam lokasi pengeluaran dan aktiviti inovasi, mengubah pola kelebihan bandingan, sistem organisasi dan pengurusan industri, saling hubungan antara sektor produktif yang lain dan perubahan dalam pola pekerjaan. Modal manusia (berkemahiran dan berpengetahuan) merupakan asas penting kepada kelebihan daya saing bandar atau negara. Sejak awal industrialisasi di negara membangun dikaitkan dengan kelebihan lokasi buruh murah dan ramai yang merupakan komponen penting dalam aktiviti pengeluaran besar-besaran berteknologi rendah. Teori Pembahagian Buruh Antarabangsa yang menguasai analisis peralihan lokasi industri mengaitkan daya tarikan buruh murah dengan kemunculan beberapa negara membangun termasuk Malaysia sebagai lokasi kepada unit pengeluaran pesisir pantai syarikat multinasional asing yang melibatkan aktiviti pengeluaran dan pemasangan rutin secara besar-besaran bernilai rendah. Pola aktiviti pengeluaran ini mempamerkan keperluan yang tinggi terhadap pekerja operator pengeluaran yang selalunya melibatkan pekerja wanita. Walaupun demikian, kini telah terdapat pemindahan aktiviti bernilai tinggi seperti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan merekabentuk ke negara membangun. Sektor perindustrian pembuatan di Malaysia dan Pulau Pinang khususnya dalam industri Barangan Elektrik dan Elektronik juga dikatakan telah mengalami transformasi ke arah industri yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Namun demikian, tidak banyak yang diketahui tentang tahap penglibatan ruang industri di negara ini dalam aktiviti bernilai tinggi ini terutamanya yang melibatkan kreativiti di persekitaran kerja. Artikel ini akan mengemukakan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi kes kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang. Data hasil kajian dibincangkan secara deskriptif berdasarkan kepada pandangan pekerja jurutera dalam sektor perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Item Type:Article
Keywords:Kreativiti, ,jurutera, persekitaran kerja, sektor industri pembuatan, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3922
Deposited By: Rosnah Ahmad
Deposited On:26 Mar 2012 03:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page