Shahrul Hisham Zainal Ariffin, and Roslina Shamsudin, and Nurul Atikah, and Zulkiflie Zamrod, (2012) Sistem minigenom virus penyakit newcastle (NDV) AF2240 sebagai sistem pengekspresan gen sel mamalia (Minigenome System for Newcastle Disease Virus (NDV) AF2240 as a Gene Expression System for Mammalian Cells). Sains Malaysiana, 41 (4). pp. 423-430. ISSN 0126-6039
|
PDF
284kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm
Abstract
Sistem minigenom telah digunakan untuk mengkaji replikasi dan transkripsi virus RNA tidak bersegmen. Objektif kajian ini adalah untuk membina sistem minigenom bagi virus NDV strain tempatan, AF2240 serta bagi mengkaji mekanisme transkripsi dan replikasi virus ini. Bagi tujuan ini lima plasmid digunakan iaitu pMGNDV, pCITENP, pCITEP, pTriEX-T7, dan pGEML. Kesemua plasmid diekstrak secara berskala besar dan dimendakkan menggunakan polietilina glikol. Hasil ekstrak ini digunakan untuk transfeksi ke dalam sel. Translasi in vitro dilakukan dengan menggunakan pCITENP, pCITEP, dan pTriEX-T7 untuk memastikan kesemua konstruk ini berfungsi. Hasil pemblotan western menunjukkan protein bersaiz ~100 kDa (T7), ~53 kDa (NP), ~53 dan 55 kDa (P) berjaya diekspreskan. Protein CAT diperoleh apabila plasmid yang mengekodkan minigenom NDV ditransfeksi bersama plasmid yang mengekodkan protein nukleokapsid (NP), fosfoprotein (P) dan subunit besar polimerase (L) ke dalam sel BHK-21. Dianggarkan 55 pg protein CAT berjaya diperoleh menggunakan kit CAT ELISA. Hasil pemblotan western turut menunjukkan protein CAT bersaiz 25 kDa dihasilkan. Kesimpulannnya, sistem minigenom ini berupaya untuk berfungsi dan mampu mengekspreskan gen asing di dalam sel mamalia BHK-21.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengekspresan gen; sistem minigenom; sistem pengekspresan sel mamalia; transfeksi; virus penyakit Newcastle |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3931 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 26 Mar 2012 09:23 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page