Penentuan aras jalur tenaga kompleks tungsten nitrosilditiolena

Mark, Lee Wun Fui and Ng, Kim Hang and Lorna, Jeffery Minggu and Akrajas Ali Umar, and Mohammad Kassim, (2012) Penentuan aras jalur tenaga kompleks tungsten nitrosilditiolena. Sains Malaysiana, 41 (4). pp. 439-444. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
365kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm

Abstract

Sifat-sifat kimia dan fizik kompleks tungsten nitrosilditiolena dengan formula am [WTp*(NO)(L)] dengan Tp* = tris(3,5- dimetilpirazolil)hidroborat dan L = toluena-3,4-ditiolat (L1), 1,2-benzenaditiolat (L2), 3,6-dikloro-1,2-benzenaditiolat (L3), telah dikaji untuk dijadikan pemeka foto bagi elektrod anod untuk sel fotoelektrokimia. Kompleks tungsten nitrosilditiolena disintesiskan dan diciri dengan menggunakan spektroskopi (IR) dan ultra-lembahyung dan cahaya nampak (UV-Vis) dan analisis mikro unsur CHNS. Teknik voltametri berkitar (CV) telah digunakan untuk menentukan keupayaan redoks kompleks dan seterusnya aras jalur tenaga telah ditentukan daripada data yang diperoleh. Ketiga-tiga kompleks menunjukkan jurang jalur tenaga dalam julat 1.59 – 1.63 eV. Jurang jalur tenaga yang dikira daripada analisis CV adalah bersepadan dengan anggaran daripada spektrum serapan elektronik kompleks. Berdasarkan gambar rajah jalur tenaga, ketiga-tiga kompleks dijangka mempunyai potensi untuk digunakan sebagai pemeka foto bagi fotoelektrod sel fotoelektrokimia.

Item Type:Article
Keywords:Pemeka foto; sel fotoelektrokimia; tungsten nitrosilditiolena
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3933
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:26 Mar 2012 10:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page