Kepekatan logam berat dalam air di Lembangan Sungai Semenyih, Selangor

M. Shuhaimi-Othman , and Muhd Barzani Gasim, (2005) Kepekatan logam berat dalam air di Lembangan Sungai Semenyih, Selangor. Sains Malaysiana, 34 (2). pp. 49-54. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num2_2...

Abstract

Kajian kepekatan logam berat dalam air di lembangan Sungai Semenyih telah dijalankan di mana 11 stesen pensampelan telah dipilih. Sampel air permukaan bagi penentuan logam berat telah diambil dan beberapa parameter kualiti air telah ditentukan di setiap stesen. Logam berat merkuri (Hg), kadmium (Cd), zink (Zn), plumbum (Pb), kuprum (Cu), nikel (Ni), ferum (Fe), cobalt (Co) dan mangan (Mn) telah ditentukan dalam sampel air. Keputusan menunjukkan secara amnya logam berat kajian berada di bawah kepekatan maksimum yang dicadangkan tetapi melebihi kepekatan berterusan yang dibenarkan bagi air permukaan (EPA) dan kepekatan bagi melindungi hidupan akuatik (CCME). Analisis statistik (ANOVA) menunjukkan terdapat perbezaan beerti (p<0.05) antara stesen pensampelan bagi semua logam berat kajian. Bagi logam Fe dan Mn terdapat trend peningkatan daripada hulu ke hilir lembangan Sungai Semenyih. Bagi parameter kualiti air; kajian menunjukkan terdapat trend peningkatan terutama bagi parameter konduktiviti dan kekeruhan di beberapa stesen terutama yang berhampiran kawasan pertanian, industri dan penduduk.

Item Type:Article
Keywords:Logam berat; Sungai Semenyih; lembangan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3949
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:27 Mar 2012 01:09
Last Modified:27 Mar 2012 01:09

Repository Staff Only: item control page