Sintesis nanozarah magnet ferum (III) oksida dengan kaedah acuan mikroemulsi

Chiu , Wee Siang and Shahidan Radiman, and Abd. Shukor, R. and Abdullah, M.. H. and Khiew , Poi Sim and Huang , Nay Ming (2005) Sintesis nanozarah magnet ferum (III) oksida dengan kaedah acuan mikroemulsi. Sains Malaysiana, 34 (2). pp. 67-71. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num2_2...

Abstract

Sintesis nanozarah magnet ferum oksida secara acuan mikroemulsi dijalankan dalam kajian ini. Sistem mikroemulsi yang terdiri daripada esler sukrosa (SE1670S sebagai sutfaktan), heptanol (sebagai ko-sutfaktan), larutan akueus hidrazina hidrat (kepekatan yang berlainan) dan FeCl36H20 (0.5 M) disediakan. Setelah campuran tersebut dihomogenkan, kation Fe3+ akan diturunkan oleh hidrazina hidrat menjadi mendakan ferum dan pertumbuhan nanozarah ini dikawal oleh mikroemulsi yang bertindak sebagai acuan tindakbalas. Nano zarah ferum kemudian dipanaskan pada suhu tinggi untuk membentuk ferum oksida. Pencirian secara kualitatif dan kuantitatif dilakukan melalui teknik mikroskopi elektron transmisi (TEM), analisis penyebaran tenaga sinar-X (EDAX) dan kajian magnetometer (VSM). Menurut mikrograf TEM, nanozarah ferum oksida ini mempamerkan morfologi yang berlainan apabila kepekatan hidrazina hidrat diubah. Analisis penyebaran tenaga sinar-X menunjukkan bahawa nisbah Fe kepada 0 ialah 1.48. Ini menunjukkan bahawa ia sepadan dengan formula empirik Fe2O3. Lengkung histerisis yang diperolehi melalui kajian magnetometer (VSM) mempamerkan ciri ferimagnet dengan nilai pemagnetan tepu 0.3 emu/g pada 300K.

Item Type:Article
Keywords:nanozarah magnet; ferum (III) oksida; mikroemulsi; acuan; ester sukrosa
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3952
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:27 Mar 2012 01:18
Last Modified:07 May 2012 04:11

Repository Staff Only: item control page