Pemendakan logam karbonat II: kesan kehadiran ion ferik

S. Rozaimah Sheikh Abdullah, and Lim , Sue Ann (2005) Pemendakan logam karbonat II: kesan kehadiran ion ferik. Sains Malaysiana, 34 (2). pp. 97-105. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num2_2...

Abstract

lonferik (Fe3+) wujud sebagai salah satu ion logam pencemar dalam air sisa dari industri besi keluli dan juga eletropenyaduran. Walaupun ia wujud sebagai logam pencemar, ion ferik mempunyai fungsi yang tersembunyi iaitu boleh bertindak sebagai penggumpal atau penjerap. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan ion ferik ke atas kebolehlarutan logam dalam pemendakan karbonat air sisa logam bercampur. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, kehadiran ion Fe3+ didapati berupaya meningkatkan kecekapan proses penyingkiran logam. Kebolehlarutan minimum setiap logam dalam air sisa logam bercampur dengan kehadiran ion Fe3+ adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kebolehlarutan minimum setiap logam dalam sistem logam individu ataupun dalam campuran logam tanpa kehadiran ion Fe3+. Julat kebolehlarutan minimum untuk ion logam kromium, kuprum, nikel, plumbum dan zink yang disingkirkan secara bercampur dengan kehadiran ionferik masing-masing adalah 0.005-0.287 mg/L, 0.007-0.155 mg/L, 0.017-0.117 mg/L, 0.004-0.143 mg/L dan 0.030-0.135 mg/L. Namun begitu, julat pH optimum bagi proses penyingkiran semua logam dalam sistem air sisa logam bercampur dengan kehadiran ion Fe3+ tidak menunjukkan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan julat pH optimum untuk proses penyingkiran logam tanpa kehadiran ion ferik. Julat pH optimum untuk pemendakan semua logam dalam air sisa logam bercampur secara serentak dengan kehadiran ion ferik adalah masih kekal pad julat pH 8.0 - 11.0. Selain itu, proses penyingkiran semua logam dalam sistem logam bercampur dengan kehadiran ion Fe3+ didapati bermula pada nilai pH yang lebih rendah berbanding dengan dalam sistem logam individu.

Item Type:Article
Keywords:logam berat; kebolehlarutan ion logam; pemendakan kimia; pemendakan karbonat; ionferik; penggumpalan; penjerapan.
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3957
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:27 Mar 2012 01:32
Last Modified:27 Mar 2012 01:32

Repository Staff Only: item control page