Pengesanan kedalaman air di luar Pantai Langat menggunakan teknik penderiaan jauh

Rosnah Hassan, and Sharifah Mastura S.A., and Othman A. Karim, (2005) Pengesanan kedalaman air di luar Pantai Langat menggunakan teknik penderiaan jauh. Sains Malaysiana, 34 (2). pp. 135-139. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol34num2_2...

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengesan kedalaman air di muara dan di luar pantai Sg. Langat. Imej Landsat TM tahun 1999 pada gabungan jalur 3 2 1 telah digunakan. Sebanyak 76 lokasi kedalaman air di kesan di kawasan kajian. Statistik korelasi dan regresi digunakan untuk melihat hubungan nombor digit (DN) dengan kedalaman air di muara dan luar pantai Sg. Langat. Hubungan di antara DN bagi jalur 1, 2 dan 3 dengan kedalaman ditunjukkan melalui pekali korelasi (r). Hasil analisis hubungan DN jalur 1 dengan kedalaman bernilai -0.68, jalur 2 bernilai -0.70 dan jalur 3 bernilai ­0.60. Hasil regresi linear di antara DN dengan kedalaman bagi jalur 1, 2 dan 3 menunjukkan kedalaman menjelaskan DN sebanyak 46% untuk jalur 1, 49% untuk jalur 2 dan 36% untuk jalur 3.

Item Type:Article
Keywords:Penderiaan jauh; nombor digit (DN); kedalaman; luar pantai; Landsat TM
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3964
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:27 Mar 2012 01:51
Last Modified:27 Mar 2012 01:51

Repository Staff Only: item control page