Transduser optik hidrogen peroksida berasaskan enzim peroksidase terpegun dalam monolit hibrid sol-gel-kitosan

Nurul Izzah Ab Rahman, and Musa Ahmad, (2006) Transduser optik hidrogen peroksida berasaskan enzim peroksidase terpegun dalam monolit hibrid sol-gel-kitosan. Sains Malaysiana, 35 (1). pp. 7-10. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol35num1_2...

Abstract

Kajian pemegunan enzim peroksidase dalam membran hibrid sol-gel-kitosan untuk penyediaan transduser optik hidrogen peroksida telah dilakukan dalam pembinaan biosensor. Kajian ini merangkumi pengoptimuman nisbah sol-gel-kitosan, pencirian enzim dalam larutan bebas dan pemegunan enzim dalam hibrid sol-gel-kitosan serta penciriannya. Spektrum serapan bagi setiap pencirian ditentukan menggunakan Spektrofotometer uL-Nampak. Hasil kajian menunjukkan aktiviti enzim tidak berubah selepas pemegunan. Nisbah optimum hibrid sol-gel-kitosan adalah 4:6. Nilai sisihan piawai relatif (RSD) untuk kebolehulangan kaedah ini adalah 2.71% dan 3.76%, masing-masingnya untuk enzim bebas dan enzim terpegun.

Item Type:Article
Keywords:Transduser optik; enzim peroksidase; hibrid sol-gel-kitosan; monolit; hidrogen peroksida
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3967
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:28 Mar 2012 00:43
Last Modified:28 Mar 2012 00:43

Repository Staff Only: item control page