Pengaruh suhu penggorengan terhadap kandungan lembapan dan lemak nuget ayam bersalut

Azfa Raihani Juraimi, and Mohamad Yusof Maskat, and Wan Aida Wan Mustapha, (2006) Pengaruh suhu penggorengan terhadap kandungan lembapan dan lemak nuget ayam bersalut. Sains Malaysiana, 35 (1). pp. 89-93. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol35num1_2...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan suhu penggorengan yang berbeza terhadap kandungan lembapan dan lemak nuget ayam goreng bersalut. Tiga suhu penggorengan (150, 165 dan 180°C) pada dua tekanan penggorengan (102 dan 156 kPa) digunakan. Tiga jenis tepung penyalut (gandum, beras dan sagu) disediakan dengan nisbah pencairan tepung kepada air adalah 1:1.5 (gandum) dan 1:1 (beras dan sagu). Keputusan menunjukkan peningkatan suhu penggorengan menyebabkan pola penurunan kandungan lembapan bahagian salutan bagi nuget ayam yang disalut menggunakan tepung gandum dan beras. Tiada perbezaan yang signifikan bagi kandungan lembapan pada bahagian substrat untuk kesemua jenis tepung serta tekanan penggorengan. Kandungan lemak pula menunjukkan pola peningkatan pada bahagian salutan bagi setiap tekanan penggorengan dan jenis tepung salutan. Untuk bahagian substrat, walaupun kandungan lemak menunjukkan perbezaan yang signifikan, tetapi perbezaan ini adalah sangat kecil.

Item Type:Article
Keywords:suhu; penggorengan; lembapan; lemak; salutan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3980
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:28 Mar 2012 01:32
Last Modified:28 Mar 2012 01:32

Repository Staff Only: item control page