Keadaan eutrofikasi di Tasik Chini, Pahang

Shuhaimi-Othman , M. and Lim, E.C. (2006) Keadaan eutrofikasi di Tasik Chini, Pahang. Sains Malaysiana, 35 (2). pp. 29-34. ISSN 0126-6039

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol35num2_2...

Abstract

Satu kajian kualiti air di Tasik Chini telah dijalankan pada bulan Julai, Ogos dan September 2004. Sebanyak 15 stesen persampelan telah dipilih dan sebanyak 14 parameter kualiti air telah ditentukan dalam kajian ini. Keputusan yang diperolehi menunjukkan nilai purata keseluruhan tasik bagi tiga bulan persampelan bagi parameter suhu, oksigen terlarut, konduktiviti, jumlah pepejal terlarut, turbiditi, ph, ammonia-N, nitrat, fosfat, permintaan oksigen kimia, sulfat, permintaan oksigen biokimia dan jumlah pepejal terampai masing-masing adalah 29.73 ± 0.44 °C, 6.08 ± 0.88 mg/L, 21.35 ± 4.32 mS/cm, 13.66 ± 2.76 mg/L, 2.84 ± 3.77 NTU, 6.63 ± 0.24, 0.11 ± 0.04 mg/L, 0.02 ± 0.02 mg/L, 0.05 ± 0.02 mg/L, 0.23 ± 0.36 mg/L, 16.69 ± 4.31 mg/L, 1.97 ± 1.32 mg/L dan 5.17 ± 3.67 mg/L. Perbandingan dengan nilai Piawaian Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) menunjukkan secara amnya parameter yang dikaji berada dalam kelas I-IV. Kepekatan klorofil-a adalah rendah pada bulan Julai dan September dengan purata 1.4 µg/L, tetapi meningkat pada bulan Ogos dengan purata 21.91 µg/L dan meletakkan Tasik Chini dalam status eutrofik pada bulan tersebut. Faktor-faktor yang menyumbang ke arah fenomena in dibincang lanjut dalam kertas ini.

Item Type:Article
Keywords:Eutrofikasi; Tasik Chini; Nutrien; Kualiti Air
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3986
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:28 Mar 2012 03:25
Last Modified:07 May 2012 04:35

Repository Staff Only: item control page