Keberkesanan penggunaan alat bantuan penglihatan terhad

Rokiah Omar, and Victor Fiezal Knight, and Zainora Mohamed, (2009) Keberkesanan penggunaan alat bantuan penglihatan terhad. Sains Malaysiana, 38 (5). pp. 799-804. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF

Official URL: http://www.ukm.my/~jsm/contents.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui status visual pelajar berpenglihatan terhad dan mengenal pasti pelajar bermasalah penglihatan yang boleh mendapat manfaat melalui penggunaan alat bantuan penglihatan terhad. Seramai 113 pelajar berpenglihatan terhad dari sekolah pendidikan khas mengambil bahagian. Akuiti visual jauh dan dekat diukur dengan dan tanpa alat bantuan penglihatan terhad. Pelajar yang memerlukan pemeriksaan lanjutan dirujuk ke Klinik Penglihatan Terhad, Universiti Kebangsaan Malaysia (KPT UKM). 31% pelajar berkategori berpenglihatan terhad dengan penglihatan jauh di antara 6/18 sehingga 6/95, manakala 67% pelajar berkategori buta. 2% pelajar pula mempunyai akuiti yang lebih baik dari 6/18. Akuiti visual dekat bagi pelajar-pelajar ini adalah di antara N4 hingga N64. Alat bantuan penglihatan terhad seperti kanta pembesar berpemegang, kanta pembesar berdiri dan teleskop dimiliki oleh hanya 17% pelajar dari kategori pelajar berpenglihatan terhad. Kajian ini juga menunjukkan bahawa 85% daripada pelajar yang dirujuk ke KPT UKM mendapat menafaat dari penggunaan alat bantuan penglihatan terhad. Capaian kepada perkhidmatan pemeriksaan dan jagaan mata bagi pelajar berpenglihatan terhad perlu diwujudkan agar pelajar-pelajar ini dapat dikesan awal dan alat bantuan penglihatan terhad yang sesuai dapat diberikan. Kajian ini menekankan kepentingan peranan ibu bapa, guru-guru dan optometris dalam memastikan masalah/gangguan penglihatan kanak-kanak ini ditangani dengan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Alat bantuan penglihatan terhad; pemeriksaan penglihatan terhad; low vision assessment; low vision devices
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:4
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Sep 2010 19:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:26

Repository Staff Only: item control page