Tradisi lisan - sejarah lisan dalam usaha mengkaji sejarah Malaysia

Mohd Amin Hassan, (1974) Tradisi lisan - sejarah lisan dalam usaha mengkaji sejarah Malaysia. AKADEMIKA, 4 . pp. 27-42. ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem4-3.htm

Abstract

Makalah ini terbahagi kepada dua bahagian; iaitu Tradisi Lisan dan Sejarah Lisan, dalam mengkaji sejarah Malaysia. Tradisi Lisan boleh digunakan sebagai sumber mengkaji sejarah Malaysia, tetapi ianya mempunyai batasan dan had-had tertentu. Antaranya ialah konsep 'kebenaran sejarah' dalam masyarakat kita, yang kini masih menjadi suatu tandatanya sahaja. Dewasa ini amat sedikit sekali ahli sejarah yang menggunakan tradisi lisan sebagai sumber sejarah: tambahan pula seseorang ahli sejarah yang hendak menggunakan tradisi lisan sebagai sumber mestilah menggunakan pendekatan yang inter-disiplin, seperti kajipurba, sejarah kebudayaan, ilmu bahasa dan antropologi fizika. Metod tradisi lisan ini telah diwarisi oleh jenerasi sekarang ini menerusi sejarah lisan. Peripentingnya sejarah lisan untuk pengkajian sejarah epik yang baharu lalu di Malaysia ini tidaklah dapat dinafikan. Sejarah lisan boleh digunakan untuk mengisi kekosongan dan jurang-jurang yang terdapat dalam rekod-rekod bertulis - iaitu sebagai satu cara menambah dan bukannya menggantikan rekod-rekod bertulis itu. Seperti tradisi lisan, sejarah lisan juga mempunyai masalah-masalah tersendiri yang perlu disedari oleh semua penyelidik yang hendak menggunakannya.

Item Type:Article
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4017
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:03 Apr 2012 03:25
Last Modified:03 Apr 2012 03:25

Repository Staff Only: item control page