The 1967 flood In Kelantan, West Malaysia

Sham Sani, (1973) The 1967 flood In Kelantan, West Malaysia. AKADEMIKA, 3 . pp. 1-14. ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem3-1.html

Abstract

Kertas ini ialah satu penganalisaan tentang hujan/banjir yang berlaku di Kelantan di antara 2hb. ke 6hb. Januari, 1967. Perhatian khas diberikan kepada aspek-aspek cuaca, haidrol, dan ekonomi. Kajian ini menunjukkan, di antara lain, bahawa fenomena-fenomena cuaca di kawasan tropika adalah pada sebahagian besarnya dipengaruhi oleh keadaan udara di tempat jauh dari tempat berlakunya fenomena-fenomena tersebut dan dalam kes ini ianya dipengaruhi oleh keadaan tekanan udara di China/Siberia. Dalam kejadian banjir tahun 1967 ini, lebih kurang 84.0 peratus daripada penduduk Kelantan telah terlibat dan 20.0 peratus atau pun 125,000 orang sekurang-kurangnya terpaksa dipindahkan ke tempat-tempat yang selamat. Kerosakan telah dianggarkan sebanyak lebih kurang RM30,000,000. Memandangkan kepada kerapnya hujan lebat/banjir berlaku di pantai timur Malaysia Barat amnya dan Kelantan khususnya, maka disyorkan supaya pihak-pihak yang berkenaan memikirkan kemungkinan menukar/mengubahsuaikan guna-tanah di lembah-lembah yang terlibat dengan memperkenalkan cara yang boleh mengurangkan kerosakan banjir. Ini boleh diselenggarakan sama ada dengan memindahkan seluruh bandar atau kampung dari kawasan lembah ke kawasan yang tinggi ataupun mengubahsuai satu-satu kawasan industri supaya tempat-tempat medan kereta, misalnya, berada di zon banjir sementara bangunan-bangunan yang tidak tahan dilanda banjir diletakkan di kawasan-kawasan tinggi supaya terselamat dari banjir.

Item Type:Article
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4026
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:03 Apr 2012 04:03
Last Modified:14 May 2012 07:35

Repository Staff Only: item control page