Universiti Kebangsaan di dalam perjuangan Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung: tinjauan dari tahun 1946-1958.

Mohd Ali Kamarudin, (1976) Universiti Kebangsaan di dalam perjuangan Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung: tinjauan dari tahun 1946-1958. AKADEMIKA, 8 . pp. 1-16. ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem8-1.htm

Abstract

Idea tentang pembentukan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mulai timbul dalam tahun-tahun 1920an. Namun demikian, sebelum Perang Dunia Kedua, tiada sesuatu yang konkrit dicapai terutamanya kerana sikap tiada hirau pihak Inggeris. Dalam tahun 1945, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) telah ditubuhkan. Organisasi inilah yang menjadi penggerak utama dalam keinginan menubuhkan sebuah universiti yang berbahasa Melayu. Dalam tahun-tahun 1940an dan 50an, KPGMS bergiat menentang segala halangan terhadap usaha meninggikan taraf sekolah-sekolah Melayu sehingga mencapai taraf yang sama seperti sekolah Inggeris, dan menyediakan asas bagi pendidikan peringkat tertinggi dalam bahasa Melayu. Bagi kali pertamanya, pada tahun 1958, pendidikan menengah telah diadakan di sekolah-sekolah Melayu. Ini menandakan kejayaan KPGMS dalam mendorongkan kerajaan supaya meninggikan taraf pendidikan Melayu dan seterusnya merintis jalan ke arah terbentuknya universiti berbahasa pengantar Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Universiti Kebangsaan Malaysia; Perjuangan Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4042
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:03 Apr 2012 06:44
Last Modified:18 May 2012 03:47

Repository Staff Only: item control page