Rejim Brooke: kesan pelajaran kepada Masyarakat Bumiputra.

Sabihah Osman, (1980) Rejim Brooke: kesan pelajaran kepada Masyarakat Bumiputra. AKADEMIKA, 16 . pp. 57-79. ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem16-5.html

Abstract

Dalam zaman pemerintahan Raja-Raja Brooke, Sarawak tidak mempunyai satu dasar pelajaran yang sistematik dan berfaedah untuk perkembangan baru. Dasar pelajaran yang diperkenalkan tidak dapat mengwujudkan perasaan taatsetia dan perpaduan di kalangan rakyat dari berbagai-bagai etnik dan keturunan. Pelajaran adalah kurang mencukupi bagi memenuhi keperluan yang sesuai dengan perkembangan-perkembangan selepas Perang Dunia Kedua. Sebahagian besar iaitu kira-kira sembilan puluh tiga peratus rakyat bumiputra masih buta huruf mengikut banci tahun 1947. Sepanjang pemerintahan Rejim Brooke dapat dilihat bahawa dasar 'bebas' yang dipegang oleh mereka itu tidak cukup kuat untuk menghalang kemasukan unsur-unsur pelajaran Barat menerusi institusi gereja dan sekolah mubaligh Kristian. Pengenalan pelajaran Barat dan kemasukan orang-orang China secara besar-besaran pada awal abad kedua puluh telah memberi kesan kepada perubahan struktur masyarakat tradisional Sarawak. Dengan demikian penjajah Brooke seperti juga penjajah Inggeris baik secara langsung atau tidak langsung telah meninggalkan warisan yang sama iaitu kewujudan masyarakat berbilang etnik yang akhirnya menelurkan bibit-bibit perasaan perkauman.

Item Type:Article
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4105
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:04 Apr 2012 03:47
Last Modified:04 Apr 2012 03:47

Repository Staff Only: item control page