Kredit di kalangan wanita miskin: projek Amanah Ikhtiar Malaysia

Nor Aini Haji Idris, (1999) Kredit di kalangan wanita miskin: projek Amanah Ikhtiar Malaysia. AKADEMIKA, 54 . pp. 13-31. ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem54-02.html

Abstract

Kemiskinan adalah salah satu daripada item pembangunan insan dan sebahagian besar golongan miskin di dunia adalah tergolong daripada wanita. Oleh itu fokus dimensi kemiskinan gender ialah kedaifan wanita, pelbagai peranan yang dimainkan oleh mereka dan juga peranan wanita dalam menghapuskan kemiskinan. Ini digambarkan melalui kajian-kajian lepas yang memberi perhatian khusus kepada beban kemiskinan yang dirasai oleh mereka. Di samping itu wanita juga terpaksa menghadapi pelbagai bentuk diskriminasi dari segi peluang pekerjaan dan peluang untuk memperolehi pendapatan. Dalam menghadapi fenomena begini wanita juga mampu menyertai program-program yang diadakan khusus untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin. Kredit yang diberi kepada mereka dikatakan sebagai salah satu cara terbaik untuk membaiki status kemiskinan di kalangan wanita dan sekaligus dapat meningkatkan keupayaan wanita. Dengan menggunakan penemuan daripada kajian ke atas Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),artikel ini menganalisis dua isu utama;pertama,melihat isu kemiskinan daripada perspektif gender dan pembangunan insan dan kedua,menilai sejauh mana projek mikro kredit di bawah program AIM dapat membantu wanita membaiki status kemiskinan mereka.Penulis berpendapat penghapusan kemiskinan di kalangan wanita adalah sejajar dengan objektif pembangunan insan yang menekankan aspek ‘empowerment’ wanita. Dalam hal ini AIM telah berjaya mencapai objektifnya dan mencadangkan supaya projek AIM perlu diteruskan di samping mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh peserta atau ‘sahabat’ dan masalah dari segi kos pengurususan.

Item Type:Article
Keywords:Wanita; kredit; pembangunan insan; Amanah Ikhtiar Malaysia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4155
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:05 Apr 2012 01:36
Last Modified:23 May 2012 07:10

Repository Staff Only: item control page