Siti Hawa Haji Salleh, (1999) Kesusasteraan Melayu tradisional dan peranan filologi. AKADEMIKA, 54 . pp. 147-155. ISSN 0126-5008
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem54-09.html
Abstract
Sastera tradisional merupakan jambatan yang menghubungkan masyarakat moden dengan zaman silam. Ia ibarat jendela yang membenarkan masyarakat kini menjenguk dan melihat ke dalam kehidupan masyarakat zaman dulu. Memandangkan jumlah manuskrip Melayu tradisional begitu banyak, maka kajian ke atasnya daripada pelbagai disiplin amat penting. Nota penyelidikan ini bertujuan menerangkan peranan ilmu filologi dalam penyelidikan sastera Melayu tradisional tersebut dan peri pentingnya penyelenggaraan dan pengeditan teks dilakukan dengan teliti dan tepat. Untuk menunjukkan peri pentingnya pendekatan filologi dalam menyelenggarakan teks dengan teliti, penulis mengambil contoh Syair Tantangan Singapura, koleksi tiga syair yang menjadi kajian Muhammad Haji Salleh. Penulis mendapati ada beberapa kesilapan dalam transliterasi dalam kajian ini yang boleh memesongkan maksud sebenar pengarang syair tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sastera Melayu tradisional; manuskrip; filologi; transliterasi; syair |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 4173 |
Deposited By: | Nurhidayah Nasharudin |
Deposited On: | 05 Apr 2012 02:06 |
Last Modified: | 23 May 2012 07:15 |
Repository Staff Only: item control page