Pembandaran dan kenaikan nilai harta tanah di Malaysia

Zainal Abidin Hashim, (2000) Pembandaran dan kenaikan nilai harta tanah di Malaysia. AKADEMIKA, 56 . pp. 27-46. ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem56-02.html

Abstract

Prestasi ekonomi yang memberangsangkan yang berpunca dari pertumbuhan sektor perindustrian telah mempercepat proses urbanisasi atau pembandaran di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia. Tahap serta kadar urbanisasi atau pembandaran yang terus meningkat telah menjana permintaan yang tinggi ke atas harta tanah kediaman, perdagangan , perindustrian dan tanah pertanian dan meningkatkan bilangan transaksi dan nilai harta tanah. Semua ini meningkatkan harga harta tanah di lokasi yang pesat membangun. Artikel ini membuat satu kajian bandingan tentang bilangan transaksi dan nilai harta tanah. Semua ini meningkatkan harga harta tanah di lokasi yang pesat membangun. Artikel ini membuat satu kajian bandingan tentang bilangan transaksi dan nilai harta tanah dan seterusnya harga harta tanah di antara negeri-negeri di zon maju (Selangor dan Pulau Pinang) dengan negeri-negeri di zon kurang maju (Kelantan dan Terengganu). Hal ini berpunca daripada perbezaan tahap dan kadar urbanisasi dan perindustrian di antara negeri-negeri tersebut yang memberi tumpuan berbeza-beza ke atas sektor ekonomi negeri masing-masing. Artikel ini menunjukkan bahawa kesan daripada kenaikan harga harta tanah pada pokoknya menguntungkan pihak-pihak tertentu seperti spekulator, pemaju, institusi kewangan dan mereka yang terlibat dalam pembekalan harta tanah di pasaran manakala pengguna dan bakal pembeli terpaksa berbelanja lebih untuk memiliki harta tanah yang diingini.

Item Type:Article
Keywords:urbanisasi; perindustrian; harta tanah; spekulasi; kesan sosial
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4181
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:05 Apr 2012 02:55
Last Modified:25 May 2012 03:27

Repository Staff Only: item control page