Isu dan hala tuju pendidikan ekonomi universiti di Malaysia

Mansor Jusoh, and Jamal Othman, (2001) Isu dan hala tuju pendidikan ekonomi universiti di Malaysia. AKADEMIKA, 58 . ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem58-02.html

Abstract

Pendidikan ekonomi universiti di Malaysia perlu menangani secara seimbang tiga fungsi utama, iaitu fungsi kerjaya, fungsi kesarjanaan dan fungsi pengembangan minda. Petunjuk pasaran memberi gambaran bahawa disiplin ekonomi kurang berupaya memenuhi kesemua keperluan kerjaya dan perlu dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran daripada disiplin lain, khususnya kursus perniagaan dan teknik kuantitatif. Walaupun begitu, ekonomi harus dikekalkan sebagai satu program di universiti memandangkan wujudnya keperluan khusus untuk ilmu dan kemahiran ekonomi. Justeru, ketiga-tiga fungsi asas pendidikan ekonomi perlu diimbangi dan untuk itu, penelitian semula matlamat asas dan epistemologi ilmu ekonomi diperlukan. Diteliti daripada perspektif ini, pendidikan ekonomi seharusnya meningkatkan penerapan realiti setempat dengan mengambil kira realiti perubahan corak ekonomi global serta anjakan falsafah pembangunan ekonomi seharusnya meningkatkan penerapan realiti setempat dengam mengambil kira realiti perubahan corak ekonomi global serta anjakan falsafah pembangunan ekonomi itu sendiri. Sebahagian teori ekonomi mungkin tidak sesuai untuk menghuraikan realiti setempat dan perubahan yang berlaku. Para pelajar perlu didedahkan kepada keterbatasan teori serta kaedah pengaplikasiannya. Dengan cara ini lulusan ekonomi diharapkan akan lebih berupaya untuk menghayati kekuatan dan kelemahan kaedah ekonomi di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang realiti ekonomi Malaysia.

Item Type:Article
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4192
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:05 Apr 2012 06:56
Last Modified:05 Apr 2012 06:56

Repository Staff Only: item control page