Qasim Ahmad, (2002) Pengajaran: usaha ke arah memperkasakan sains sosial. AKADEMIKA, 60 . ISSN 0126-5008
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem60-01.html
Abstract
Artikel ini menggarap persoalan tentang pengajaran sains sosial dan isu bersabit keupayaan sains sosial memberi sumbangan positif kepada proses penggubalan dasar dalam sesebuah masyarakat. Demi merealisasikan aspirasi sedemikian, penulis berhujah bahawa pelbagai premis asas sains sosial yang sekian lama diterima perlu dinilai semula. Sehubungan dengan itu, artikel ini juga menegaskan bahawa keprofesionalan dalam pendekatan pengajaran sains sosial dan mutu pengajarannya dipertingkatkan. Dengan usaha yang gigih dan menyeluruh sebegitu maka dapatlah diharapkan agar produk sains sosial tidak lagi akan dengan mudahnya didakwa sebagai subjektif. Dengan cara ini juga, bolehlah dijangkakan akan munculnya disiplin sains sosial yang bukan hanya dapat dibungkus dengan cara yang lebih menarik tetapi juga dengan gaya yang lebih berunsur Malaysia, yakni satu-satunya produk yang tidak lagi boleh dikesampingkan begitu sahaja oleh para penggubal dasar negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | pengajaran; sains sosial; keprofesionalan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 4200 |
Deposited By: | Nurhidayah Nasharudin |
Deposited On: | 05 Apr 2012 07:16 |
Last Modified: | 05 Apr 2012 07:16 |
Repository Staff Only: item control page