Chin, Yee Whah (2002) Beberapa pendekatan dan tema dalam kajian usahawan dan keusahawanan Cina. AKADEMIKA, 60 . ISSN 0126-5008
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem60-03.html
Abstract
Makalah ini bertujuan memberi ulasan kritis ke atas kajian usahawan dan keusahawanan Cina. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian I memberi ulasan ke atas dua aliran pemikiran yang berbeza tentang pembangunan kapitalisme etnik Cina. Aliran pertama terdiri daripada sarjana yang mendokong hipotesis Konfusianisme sebagai pendorong pembangunan ekonomi etnik Cina. Aliran kedua terdiri daripada sarjana yang mempercayai bahawa kapitalisme etnik Cina adalah satu kapitalisme rangkaian. Bahagian II menumpu secara khusus kepada kajian berkenaan usahawan dan keusahawanan Cina di Malaysia. Tema utama tertumpu kepada hubungan etnisiti, dan bagaimana dasar kerajaan serta kuasa pasaran membawa transformasi dalam budaya korporat Cina di Malaysia. Bahagian III membahaskan kelemahan pendekatan yang digunakan dalam kajian-kajian lepas. Makalah ini berakhir dengan mencadangkan satu pendekatan yang lebih seimbang melihat bagaimana aktor (usahawan Cina) bertindak secara rasional menggunakan sumber yang sedia ada dan mengintegrasikan nilai budaya mereka dengan struktur (dasar kerajaan dan masyarakat Malaysia) yang sentiasa berubah menghasilkan satu budaya pasaran baru dan dinamik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | usahawan; keusahawanan Cina; kapitalisme Cina; etnik etnisiti |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 4203 |
Deposited By: | Nurhidayah Nasharudin |
Deposited On: | 05 Apr 2012 07:25 |
Last Modified: | 05 Apr 2012 07:25 |
Repository Staff Only: item control page