Roosfa Hashim, (2002) Akademika 1972-2002: pentas kesarjanaan sains sosial Malaysia. AKADEMIKA, 61 . ISSN 0126-5008
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem61-01.html
Abstract
Akademika yang terbit sejak 1972 sebagai jurnal Sains Sosial UKM kini sudah berusia genap tiga puluh tahun. Makalah ini adalah makalah yang ke-397 dan terbit dalam Akademika keluaran ke-61 Julai 2002 bersempena ulang tahun ke-30 jurnal ini. Kajian ini dilakukan dengan tiga tujuan. Pertama, menilai prestasi Akademika sebagai sebuah jurnal ilmiah dalam bidang sains sosial. Ini melibatkan pengenalpastian sifat-sifat jurnal ilmiah pada Akademika, pengedaran, penyebaran, dan visibilitinya serta penerimaannya di kalangan sarjana antarabangsa. Kedua, menganalisis keseluruhan kandungan Akademika. Ini termasuk menghitung jumlah keseluruhan makalah, pecahan dan peratusan makalah dalam bahasa Melayu dan Inggeris, mengkaji aspek kepengarangan meliputi komposisi penyumbang UKM, pengarang dari universiti dan institusi lain, penyumbang antarabangsa, serta komposisi makalah menurut bidang, makalah oleh pengarang tunggal dan berbilang pengarang, dan mengenali kumpulan pengarang yang paling banyak menyumbangkan makalah. Ketiga, menghasilkan indeks pengarang dan indeks perkara bagi Akademika 1972-2002. Kajian ini mengharap akan dapat menyampaikan pandangan bagi memperbaiki dan meningkatkan citra Akademika sebagai sebuah jurnal ilmiah berwasit yang berperanan selaku pentas kesarjanaan sains sosial Malaysia dan bertaraf antarabangsa.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 4210 |
Deposited By: | Nurhidayah Nasharudin |
Deposited On: | 05 Apr 2012 07:40 |
Last Modified: | 05 Apr 2012 07:40 |
Repository Staff Only: item control page