Sastera Mahua dan perkembangan cerpen 1957-1990-an

Chong , Fah Hing (2002) Sastera Mahua dan perkembangan cerpen 1957-1990-an. AKADEMIKA, 61 . ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem61-02.html

Abstract

Makalah ini cuba menyorot pemahaman dan interpretasi penulis berbahasa Cina di Malaysia (Mahua) tentang istilah “Sastera Mahua”. Rata-rata golongan penulis berbahasa Cina tidak menyedari bahawa wujudnya ketaksaan pada istilah itu sendiri. Di samping itu, penglibatan penulis keturunan Cina di negara ini dalam pelbagai aliran kesusasteraan, sama ada kesusasteraan Cina (Malaysia), kesusasteraan Melayu maupun kesusasteraan Inggeris, telah menjadikan gejala tersebut amat signifikan dan mengundang pelbagai kemungkinan. Perbincangan seterusnya menghuraikan perkembangan cerpen Mahua pasca 1957 hingga penghujung abad yang lalu serta ciri-ciri setiap tahap perkembangannya. Penulis mendapati perkembangan cerpen Mahua sesungguhnya berhubung rapat dengan tradisi penulisan aliran realisme serta pengaruh modernisme Barat yang ditionghuakan. Secara tak langsung, perkembangan tersebut boleh difahami sebagai respon intelektual para penulis Mahua terhadap kedudukan dan gejala sosio-politik, sosio-ekonomi dan sosio-budaya tanah air serta impak ke atas komunitinya. Senario tersebut telah menentukan nada dan kecenderungan pemilihan tema dan pemikiran di kalangan penulis Mahua sepanjang empat dekad yang lampau.

Item Type:Article
Keywords:kesusasteraan Mahua; sastera rantingan; obsesi; pemilihan tema
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4211
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:05 Apr 2012 07:44
Last Modified:05 Apr 2012 07:44

Repository Staff Only: item control page