Wanita, ketidaksamaan sosial dan risiko jangkitan AIDS

Aishah @ Eshah Haji Mohamed, (2002) Wanita, ketidaksamaan sosial dan risiko jangkitan AIDS. AKADEMIKA, 61 . ISSN 0126-5008

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem61-04.html

Abstract

AIDS yang pada asalnya dikaitkan dengan lelaki gay sahaja telah mengambil dimensi baru. Di seluruh dunia, AIDS telah menjadi masalah wanita dengan kadar jangkitan di kalangan mereka meningkat lebih cepat daripada lelaki. Dengan menggunakan maklumat yang diperolehi hasil temubual separuh berstruktur dengan 30 orang wanita yang dijangkiti HIV, makalah ini mengupas dua soalan iaitu, (1) bagaimana hubungan personal di antara gender menyebabkan wanita dijangkiti AIDS dan (2) kenapa sesetengah wanita melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berisiko tinggi dari segi jangkitan AIDS. Data daripada kajian ini menunjukkan bahawa wanita dijangkiti AIDS kerana status mereka yang subordinat kepada lelaki dari segi sosial, ekonomi dan politik. Jangkitan AIDS di kalangan wanita juga dipengaruhi secara langsung oleh definisi budaya dan dibentuk secara sosial oleh peranan mereka dan definisi tentang seksualiti. Kekurangan pendapatan, kuasa dan kekayaan telah menyebabkan wanita tidak berupaya untuk menghindari diri mereka daripada AIDS.

Item Type:Article
Keywords:Ketidaksamaan sosial; subordinat; hubungan personal; seksualiti; pekerja seks dan rogol
Journal:AKADEMIKA
ID Code:4213
Deposited By: Nurhidayah Nasharudin
Deposited On:05 Apr 2012 07:50
Last Modified:05 Apr 2012 07:50

Repository Staff Only: item control page