Ishak Yussof, and Ahmad Mohd Zin, (2002) Potensi perdagangan luar produk berteknologi tinggi Malaysia. AKADEMIKA, 61 . ISSN 0126-5008
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jdem61-05.html
Abstract
Walaupun tren perdagangan luar Malaysia dalam produk berteknologi tinggi menunjukkan arah aliran yang semakin meningkat, namun kajian secara terperinci mendapati wujud keraguan dari segi kandungan tingkat teknologi yang digunakan. Hal ini kerana sektor pembuatan negara masih tertumpu kepada aktiviti pengeluaran barang-barang komponen elektronik dan bukannya terhadap produk elektronik itu sendiri. Kalaupun produk elektronik, ia hanya melibatkan kerja-kerja pemasangan dan pembungkusan produk yang memerlukan tingkat kemahiran dan berteknologi sederhana serta mempunyai nilai ditambah yang rendah. Tambahan pula, indikator yang berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan sumber manusia dan tahap proses inovasi di Malaysia secara relatif adalah masih rendah berbanding dengan beberapa negara lain seperti Singapura dan Korea Selatan. Untuk meningkatkan keupayaan negara, maka langkah-langkah memperkukuh daya saing negara dalam produk berkenaan perlu dilakukan.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 4214 |
Deposited By: | Nurhidayah Nasharudin |
Deposited On: | 05 Apr 2012 07:54 |
Last Modified: | 05 Apr 2012 07:54 |
Repository Staff Only: item control page