Hasnah Ali, and Luqman Ahmad, and Sanep Ahmad, and Noraziah Ali, (2009) Kepentingan dan sumbangan perancangan pendidikan dalam pembangunan ekonomi Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 4 (1). pp. 13-29. ISSN 1823-884x
|
PDF
385kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2009/hasnah0...
Abstract
Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara ke tahap yang agak memuaskan berbanding dengan negara membangun yang lain. Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3) yang meliputi dasar utama pembangunan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Sehingga kini semua dasar telah menampakkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan telah diperincikan melalui rancangan lima tahun. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, struktur pendidikan telah berubah di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem pendidikan negara dan membina perpaduan sosial, ekonomi dan politik. DEB mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pendidikan negara. Sebelum tahun 1970, sebilangan besar bumiputera lemah dalam pendidikan menyebabkan hanya segelintir sahaja yang mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan bagi memenuhi gunatenaga mahir manusia dalam berbagai-bagai profesion yang diperlukan. Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara. Kertas kerja ini menganalisis kepentingan sektor pendidikan dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara. Kajian empirik juga dilakukan untuk menentukan kesan keberkesanan perbelanjaan pendidikan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kajian mendapati dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun bermula dari Rancangan Malaysia Pertama hingga ke rancangan terkini, aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia memang sentiasa ditekankan. Dasar pembangunan sumber manusia terutama sekali bahagian pendidikan dan latihan menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dengan peralihan ekonomi Malaysia daripada intensif buruh kepada intensif modal dan intensif teknologi. Peruntukan yang tinggi juga telah diberikan kepada sektor ini dan telah memberikan banyak kesan positif seperti pengurangan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat bagi menegakkan DEB, DPN dan DWN.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | pendidikan; pembangunan sumber manusia; kemiskinan; daya saing |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 4219 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 06 Apr 2012 03:49 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page