Pembangunan dan impak terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat: analisis jaringan di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor

Er, Ah Choy and Katiman Rostam, and Aishah@Eshah Hj. Mohamed, and Zaini Sakawi, and Abd. Rahim Md. Nor, (2009) Pembangunan dan impak terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat: analisis jaringan di Wilayah Pembangunan Iskandar Johor. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 41 (1). pp. 84-94. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
323kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2009/erahcho...

Abstract

Aktiviti pembangunan menghasilkan kesan ke kawasan sekitarnya terutama dari segi pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, penggunaan infrastruktur asas dan eksploitasi sumber. Artikel ini bertujuan menganalisis impak pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) khususnya pembangunan perindustrian terhadap alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat. Analisis jaringan dilakukan untuk mengkaji jaringan antara kerajaan, industri serta masyarakat dalam usaha menangani isu alam sekitar. Data sekunder diperolehi daripada laman web WPI Johor, Pejabat Pengurusan Wilayah Iskandar Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pihak Berkuasa Tempatan. Data primer diperolehi melalui temu bual berdasarkan set soalselidik dengan penduduk setempat pada bulan November 2009 hingga Januari 2010. Kajian lapangan tersebut bertujuan memperolehi persepsi penduduk setempat tentang impak pembangunan WPI terhadap alam sekitar. Kaedah pensampelan berkelompok digunakan untuk memilih 100 orang responden. Maklumat juga diperolehi melalui analisis kandungan dokumen berkaitan serta temu bual dengan informan utama. Data terkumpul diproses dengan program SPSS dan dianalisis menggunakan korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencemaran alam sekitar dengan aktiviti perindustrian

Item Type:Article
Keywords:Analisis Jaringan; Kesejahteraan dan Keselamatan; Pembangunan Perindustrian; Alam Sekitar; Wilayah Pembangunan Iskandar
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:4220
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:06 Apr 2012 03:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page