Persepsi organisasi multinasional di Malaysia terhadap pengurusan stesenkerja ergonomik

Zafir Mohd Makhbul, (2009) Persepsi organisasi multinasional di Malaysia terhadap pengurusan stesenkerja ergonomik. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 4 (1). pp. 137-146. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
307kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2009/zafir09...

Abstract

Di kebanyakan negara tahap aplikasi ergonomik dan kesedarannya masih rendah walaupun impak ergonomik amat besar terhadap peningkatan amalan kerja serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi organisasi multinasional di Malaysia terhadap amalan stesenkerja ergonomik. Sebanyak sebelas buah organisasi multinasional terlibat dalam penyelidikan ini. Kajian yang dijalankan dalam bulan Januari 2007 ini melibatkan sebelas buah kilang yang terletak di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Perak dan Johor. Soal selidik dilengkapkan oleh pegawai/pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi berkenaan. Secara keseluruhannya komitmen organisasi multinasional di Malaysia terhadap aplikasi ergonomik amatlah tinggi. Kesedaran mereka terhadap aplikasi ergonomik telah membawa kepada penanggapan yang baik terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kesemua faktor stesenkerja ergonomik ditanggap sebagai memuaskan dengan min 1.92 hingga 3.07. Faktor yang terbaik adalah faktor pengudaraan. Ini diikuti dengan faktor peralatan, pencahayaan, akustik, rekabentuk ruang kerja, kedudukan tubuh badan, kerusi dan tempoh masa bekerja. Walaupun aplikasi ergonomik di Malaysia masih di peringkat awal, pelaksanaannya perlu dimulakan dari sekarang dalam memastikan organisasi dapat mempertahankan kelebihan daya saing dan terus menguasai bahagian pasaran yang semakin mengecil.

Item Type:Article
Keywords:Ergonomik; Stesenkerja; Multinasional; Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:4225
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:06 Apr 2012 07:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:35

Repository Staff Only: item control page