Katiman Rostam, and Mohd Fuad Mat Jali, and Aishah@Eshah Hj Mohammad, (2010) Migrasi keluar dan rebakan bandar: bukti di pinggiran wilayah metropolitan Lembah Klang, Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 5 (2). pp. 184-198. ISSN 1823-884x
|
PDF
512kB |
Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2010/katiman...
Abstract
Migrasi keluar dari wilayah metropolitan ke kawasan pinggiran pada masa kebelakangan ini adalah suatu trend global. Dalam era globalisasi ekonomi wilayah metropolitan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Wilayah sedemikian telah menjadi fokus kepada pelaburan, khususnya pelabur asing langsung kerana kelebihan daya saingnya. Ketiadaan tanah yang sesuai untuk dimajukan di kawasan teras telah menyebabkan banyak firma pembuatan dan perkhidmatan menempatkan diri atau memindahkan aktiviti mereka ke kawasan pinggir wilayah metropolitan. Peningkatan penawaran peluang pekerjaan dan kawasan kediaman bandar yang baru telah menarik isi rumah termasuk mereka yang tinggal di zon teras, untuk berpindah ke kawasan yang baru membangun. Hal ini menggalakkan proses rebakan bandar di kawasan tersebut. Makalah ini bertujuan membincangkan pola migrasi penduduk yang tinggal di dalam dan sekitar Wilayah Metropolitan Lembah Klang serta hubungannya dengan rebakan bandar. Menggunakan data banci penduduk dan perumahan tahun 2000, juga data kaji selidik yang dilakukan secara rawak bersistematik terhadap isi rumah yang tinggal di daerah Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat, pola migrasi penduduk di wilayah tersebut dianalisis. Hasil analisis menunjukkan bahawa migrasi intraNegeri Selangor merupakan pola yang dominan (71 peratus) bagi tempoh 1996-2000. Bagaimana pun 41 peratus daripada penduduk yang berpindah keluar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, zon teras Wilayah Metropolitan Lembah Klang , bergerak menuju ke Negeri Selangor. Selanjutnya lebih 43 peratus migran yang berpindah ke kawasan pinggiran wilayah metropolitan tersebut berasal dari zon teras dan dalaman khususnya Bandaraya Kuala Lumpur, Klang dan Petaling. Kebanyakan migran terdiri daripada isi rumah yang berpendidikan, berpendapatan sederhana, mempunyai saiz keluarga agak besar, bekerja di kawasan sekitar 10 kilometer dari tempat kediaman dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Majoriti isi rumah berpindah kerana ingin memiliki hartanah atau rumah kediaman sendiri yang harganya dikatakan lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan di zon teras dan dalaman wilayah tersebut. Migrasi ini cenderung untuk menunjukkan bahawa aliran pergerakan keluar dari zon teras dan dalaman ke pinggir wilayah metropolitan sedang berlaku dan ini diikuti oleh proses rebakan bandar yang pesat. Pihak berkuasa negeri dan tempatan bagi kedua-dua kawasan asal dan destinasi di mana migrasi berlaku sewajarnya mengambil langkah proaktif untuk menangani isu tersebut.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Migrasi keluar; kawasan pinggiran wilayah metropolitan; zon teras; pembangunan hartanah dan rebakan bandar |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 4231 |
Deposited By: | Nurhidayah Nasharudin |
Deposited On: | 09 Apr 2012 01:43 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:35 |
Repository Staff Only: item control page